▲untungatau▼rugi
Kalkulator kira untung atau rugi untuk seller Malaysia
Komisen, transaction fee, BXP dan iklan boleh makan lebih 40% harga jualan anda. Kira Untung Niaga kira semuanya, supaya setiap harga yang anda letak betul-betul untung.
| Harga jual | RM29.90 |
| Modal seunit | −14.46 |
| Komisen 12.74% | −3.81 |
| Transaction fee 3.78% | −1.13 |
| Fee servis BXP 4.86% | −1.45 |
| Iklan GMV Max 16.67% | −4.98 |
| Iklan awareness 3% | −0.90 |
| SST 8% atas iklan | −0.47 |
| Platform support fee | −0.50 |
| Untung sebenar | RM2.20 |
Masukkan kos produk dan pilih margin. Nombor di bawah ialah contoh; tukar ikut bisnes anda.
Penafian: Semua kiraan ialah anggaran berdasarkan kadar fee dan peraturan semasa, dan mungkin tidak tepat sepenuhnya. Sila semak kadar terkini di Seller Center sebelum menetapkan harga.
Setiap order dikira bayar sama ada iklan atau komisen affiliate, mana yang lebih tinggi, bukan kedua-duanya. Iklan awareness diagihkan ikut jualan harian dan dibundarkan ke atas. Harga cadangan dibundarkan ke atas ke .90 yang terdekat. Kadar komisen TikTok termasuk SST dan ikut jadual kadar TikTok Shop Malaysia berkuat kuasa 31 Oktober 2026; semak Seller University untuk sub-kategori tepat. Kadar Shopee termasuk SST: transaction fee 3.78% (4.86% untuk SPayLater), program Free Shipping 5.94%, platform support fee RM0.54. Komisen Shopee berbeza ikut kategori, jadi masukkan kadar anda dari Seller Centre. Return dan refund tidak termasuk.
Modal ialah kos sebenar untuk sediakan satu barang sebelum dijual. Orang akaun panggil ia COGS. Simpan semua produk anda di sini, kemudian hantar modal terus ke kalkulator harga.
Contoh: baju RM12 + packaging RM0.80 + label RM0.20 = modal RM13 sehelai.
Contohnya sewa kedai, bil dan gaji staff. Jika tiada kos operasi bulanan, jangan tanda kotak ini. Bila ditanda, kos dibahagi ikut jualan sebulan dan ditambah pada modal setiap produk. Nombor di bawah ialah contoh.
Jika anda ambil gaji sendiri, kira diri anda sebagai staff. Caruman majikan lebih kurang 15% untuk gaji RM5,000 ke bawah (KWSP 13%, PERKESO 1.75%, SIP 0.2%). Jualan sebulan ialah jumlah unit semua produk.
Order yang sama seperti di atas. Daripada RM29.90, hanya RM2.20 yang masuk poket anda sebagai untung.
Kebanyakan seller kira harga jual tolak kos barang, dan berhenti di situ. Ini yang sebenarnya dipotong dari setiap order.
Apps dan servis yang boleh bantu jimatkan kos dan tingkatkan jualan anda.
Ya. Tak perlu daftar akaun atau bagi email. Buka, masukkan nombor, terus dapat jawapan.
Tidak. Semua kiraan berlaku dalam browser anda sendiri dan tiada nombor dihantar ke mana-mana.
TikTok Shop: jadual kadar Malaysia yang berkuat kuasa 31 Oktober 2026, termasuk SST. Shopee: kadar fee 2026 termasuk SST; komisen ikut kategori anda di Seller Centre. Semak Seller University untuk sub-kategori tepat produk anda. Jika kategori anda tiada, pilih "Kadar sendiri" dan masukkan kadar anda.
Shopee ada. Fee Shopee sudah diisi (transaction fee, Free Shipping programme, platform support fee), tapi komisen Shopee berbeza ikut kategori, jadi masukkan kadar anda dari Seller Centre. Lazada belum ada buat masa ini.
Harga dibundarkan ke atas ke .90 yang terdekat, supaya anda dapat harga yang biasa dilihat pembeli tanpa jatuh bawah margin sasaran.
Kalkulator pilih cara bayaran yang paling mahal (biasanya instalment), jadi harga anda tetap untung walau apa cara pelanggan bayar.